Loading...

Presiden Jokowi ziarah Prabowo di hospital

Loading...
Loading...


Presiden Jokowi ziarah Prabowo di hospital

Bernama

01/07/2024
Prabowo menjalani pembedahan untuk pemulihan kecederaan yang dialami ketika bertugas dalam dunia ketenteraan sebelum ini. - Foto X/ Joko Widodo

Prabowo menjalani pembedahan untuk pemulihan kecederaan yang dialami ketika bertugas dalam dunia ketenteraan sebelum ini. - Foto X/ Joko Widodo

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo melawat Presiden Terpilih Prabowo Subianto yang juga Menteri Pertahanan sekarang, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Pusat Pertahanan Negara di Jakarta Selatan pada Ahad malam.

Menerusi perkongsian di media sosial, Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi menyeru seluruh rakyat mendoakan proses pemulihan Prabowo pascaprosedur pembedahan besar pada minggu lepas lancar.

"Insya-Allah agar semakin bersedia untuk menjalankan tugas berkhidmat kepada rakyat Indonesia," kata Jokowi dalam catatan beliau.







Prabowo, yang merupakan Presiden Terpilih tempoh 2024-2029, menjalani pembedahan untuk pemulihan kecederaan yang dialami ketika bertugas dalam dunia ketenteraan sebelum ini.

"Saya mengalami dua kemalangan payung terjun semasa berkhidmat dalam Tentera Nasional Indonesia pada tahun 80-an di kaki kiri saya," tulis Prabowo di media sosial.

Prabowo berterima kasih kepada pasukan perubatan hospital yang berjaya menjalankan prosedur perubatan dan Jokowi serta rakyat atas sokongan moral serta doa.

"Insya-Allah dengan kesihatan yang baik di masa hadapan, saya akan lebih bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara dan rakyat Indonesia," tambahnya.

-- BERNAMA
Loading...