• About
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Disclaimer

Apa Kabar Malay

Menu
  • Home
Loading...
Beranda  ›  Berita  ›  Terbaru  ›  Unik  ›  Viral

21 jalan utama sekitar Putrajaya ditutup 6 jam mulai 27 Ogos untuk raptai Hari Kebangsaan

Selasa, 20 Agustus 2024 Berita, Terbaru, Unik, Viral
Loading...
Loading...


21 jalan utama sekitar Putrajaya ditutup 6 jam mulai 27 Ogos untuk raptai Hari Kebangsaan

Bernama

20/08/2024



Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaaan. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaaan.

Menurut infografik di Facebook Merdeka360, iaitu laman rasmi maklumat berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia memaklumkan, penutupan 21 jalan tersebut akan bermula pada pukul 5 hingga 11 pagi setiap hari sehingga 29 Ogos.

Antara jalan yang terlibat ialah Laman Perdana, Lebuh Wawasan dan Lebuh Bestari (arah Jalan Tun Abdul Razak), Jalan P2K, Jalan Pembangunan, Jalan P3C, Jalan P3F, Jalan P4B serta Lingkaran Gemilang1 (arah Persiaran Perdana).

Sementara itu, pada 30 dan 31 Ogos pula, terdapat 10 lagi jalan utama sekitar Putrajaya ditutup, bermula dari 7 petang sehingga sambutan Hari Kebangsaan selesai.

Laluan yang terlibat termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah susur ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein) serta Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana).

Justeru, pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan untuk perjalanan yang lancar dan selamat.

Senarai penuh penutupan jalan terlibat boleh disemak menerusi pautan https://ift.tt/yQvj41B

Selain itu, orang ramai boleh melayari laman sesawang Merdeka360 di www.merdeka360.my atau mengunjungi laman media sosialnya di Facebook, Twitter dan juga X, bagi memperoleh maklumat lanjut berkaitan sambutan Hari Kebangsaan.


-- BERNAMA
Loading...
Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda

Postingan Populer

  • Harry Moulding Wins BGT 2025 as Blackouts and 9 Year Old Binita finish Second & Third
  • Points from Malaysia 2020 Budget
    Salient points from 2020 Budget FMT Reporters  - KUALA LUMPUR: Finance Minister Lim Guan Eng tables the 2020 Budget to...
  • Baru Bian, Adun Batu Lintang sertai Parti Sarawak Bersatu
    PETALING JAYA: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Soon Koh mengumumkan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Adun Batu Lintang, S...
  • Tato Separuh Wajahnya Dengan Motif Tengkorak.
     Lelaki 18 tahun ini, tatu adalah mimpi dan menjejaskan ghairah. Pertama kali membuat tatu ketika umur ke-15, kini Nikita Lesnoy sudah ber...
  • Seputeh MP Teresa Kok opposed The Address condominium project in Taman Desa but residents say she has not done enough
  • Penyertaan Bersatu dalam MN bentuk gagasan 'Melayu Raya' kata Takiyuddin
    PAS yakin gandingan parti itu dengan Umno dan Bersatu dalam Muafakat Nasional (MN) akan mewujudkan suatu gagasan besar “Melayu raya”. Buk...
  • Din Pagoh, Di Pecat Atau Letak Jawatan Pengerusi PPBM Johor?
    24 April 2019, laman blog nie pernah siarkan tulisan bertajuk Mahathir Merajuk, Arahkan Majlis Tertinggi PPBM Pujuk  (BACA DI SINI)... ...
Loading...
Copyright 2016 Apa Kabar Malay
Powered by Blogger.com