Loading...
Loading...
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujud ketirisan dalam pengagihan tender bagi membekalkan makanan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seperti yang dipersoalkan seorang Ahli Parlimen pembangkang. Justeru, Perdana Menteri membidas tindakan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dikatakan membuat dakwaan semberono tanpa fakta dalam isu itu. "Sebab itu dalam pandangan kita, kita harus teliti. Jangan kita lontarkan semberono tanpa fakta, seperti mana saya dengar ucapan Pasir Puteh sebelum ini bahawa Menteri Kewangan tidak ikut tatakelola dalam pengagihan kontrak kepada D Saji dan Bukit Gantang. Tidak benar sama sekali. "Saya yang tandatangan, saya tahu. Dengar daripada mana? Daripada TikTok. Ini belajar daripada mana ni? TikTok, seorang pula, WhatsApp. "Tapi belajar, kalau sebut baca Al-Quran, orang tahu surah mana. Baca hadis, rujukan sanad di mana. Apabila bercakap atas nama Islam, rujuk Quran tapi bila hentam, tidak peduli. Ini yang saya bangkitkan," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menjawab soalan Nik Muhammad Zawawi berhubung mekanisme dan audit yang akan dilaksanakan kerajaan bagi memastikan ketelusan dalam pengagihan subsidi bersasar RON95 dan pelepasan cukai dividen.
Salahguna kuasa beri kontrak RM2b kpd MP Bukit Gantang diadu kpd Azam Baki
Anugerah konsesi tanpa tender terbuka penyediaan bekalan makanan kepada 75 kem ATM Zon Tengah dan Selatan bernilai RM366,835-80 sehari selama 15 tahun - berjumlah keseluruhan melebihi RM2 billion di biayai melalui bajet MINDEF. Penerima konsesi ini ialah ahli parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hassan.