Loading...

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj

Loading...
Loading...


Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj

Bernama

26/01/2025


Titah ucapan Seri Paduka Baginda berdua itu dizahirkan menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj.

Titah ucapan Seri Paduka Baginda berdua itu dizahirkan menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang akan disambut esok adalah satu mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.

-- BERNAMA
Loading...