Loading...

Cantiknya Ombak Jadi Pasu Bunga

Loading...
Loading...

Jika korang melihat karya Paul DeSomma dan Marsha BLAKER ini mungkin akan berfikir mereka begitu hebat boleh menghasilkan sebuah ombak. Bagaimana tidak, karya vas mereka begitu real seperti deburan ombak menghentam batu.

Pasangan suami isteri artis itu memang terkenal di dunia antarabangsa atas kepakarannya membuat "ombak" dalam karya dari seramik dan kaca. Paul dan Marsha mempamerkan karya-karya mereka secara individu mahupun sebagai pasukan di studio seni di Live Oak, California, Amerika Syarikat.

Keduanya pertama bertemu ketika menimba ilmu di sekolah seni Pilchuck Glass School hingga akhirnya berkahwin. Sama-sama memenangi gelaran dari seni seramik dan kaca, Paul dan Marsha membuka galeri seni pada 2001. Paul sendiri pakar karya figuratif dari kaca yang membuat kemunculan sulung pada 1983 di New York.


Paul berkarya sendiri selama 15 tahun di pelbagai studio seni di Seattle, Washington hingga Murano, Itali. Namun akhirnya ia bekerjasama sejak isterinya itu mengalami kemalangan kereta serius. "Kemalangan itu membuat kami menyedari bahawa sekarang adalah masa melakukan pekerjaan yang kami berdua sangat inginkan untuk diselesaikan," kata Marsha.






Loading...