Loading...

Kesemuanya Memberi Isyarat Sesuatu Yang Besar Bakal Berlaku

Loading...
Loading...

"Stick to the plan" atau "Ikut rancangan yang telah diputuskan" demikian tajuk utama akhbar The Star hari ini.

Rata-rata keputusan PM Tun Dr Mahathir mengekalkan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (dulu Umno kini Bersatu) sebagai Pengerusi PAC mendapat kritikan wakil parti-parti komponan PH termasuk pembangkang.

Sebelum ini tiada siapa berani cuit Tun, tetapi hari ini sudah lain.

Antara janji pilihanraya PH (yang banyak telah dimungkiri itu) adalah melantik Pengerusi PAC dikalangan wakil pembangkang.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Tun mahu kekalkan Kiandee, apakah muslihat di belakangnya?

Sementara itu tidak cukup dengan kenyataan "patah hati" Nurul Izzah, kini ramai dikalangan wakil PH yang lain turut mencuri kesempatan mempertikaikan keputusan Tun.

Ini termasuklah ahli-ahli Parlimen PKR yang pro Anwar-Rafizi selain beberapa dari DAP.

Nurul Izzah membuka pekung bukan sekadar isu Kiandee tetapi banyak yang dikaitkan dengan kononnya kegagalan Tun (bekas diktator) mendukung agenda reformasi.

Tindakan Tun menerima bekas ahli-ahli Parlimen Umno ke dalam Bersatu juga tidak disenangi.

Serangan sudah bermula. Isu Pengerusi PAC sebenarnya setakat titik kecil tetapi agenda yang lebih besar tersorok di belakangnya.

Kerana itulah Tun dipercayai melengah-lengahkan masa dan kini sedang mengatur langkah.

Nurul Izzah telah memalu gendang dan agenda sebenar bukannya isu titik bengek Pengerusi PAC tapi sebenarnya adalah "grand design" menaikkan "papa"nya segera sebagai PM dan menggulingkan Tun. Baki 14 bulan dirasakan terlalu lama buat Papa menunggu dan Tun mungkin punya perancangan lain.

Persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung dijadual ditangguhkan 11 April ini. Mungkinkah " grand design" yang dimaksudkan akan diseret masuk ke Dewan Rakyat untuk kita melihat satu undi tidak percaya terhadap Tun sebagai PM sebelum atau pada 11 April?

Jika Tun sudah menghidunya maka tidak hairan DS Azmin dan pasukannya dalam PKR sedang aktif mengilas dan menyerang Nurul serta team Anwar-Rafizi.

DAP memang sudah mula mencurigai Tun terutama dalam kes menolak pilihanraya PBT dan menolak ICERD. DAP dan Pan curiga bila Tun membayar sepenuhnya royalti kerajaan PAS Trengganu dan ikrar untuk bayar Kelantan apabila selesai maaalah teknikal.

Pertembungan antara gajah dan gajah sudah terlalu hampir. Jangan pelanduk mati di tengah-tengah.

Tun 93 tahun, saya yakin terlalu licik dan berpengalaman untuk ditewaskan lawannya.

Namun lawan tidak banyak pilihan dan Papa tidak sabar dinobatkan sebagai PM. Tun mesti dikekang kuasanya.

Saya yakin sesuatu yang besar bakal berlaku ekoran perkembangan ini.

Untung sabut timbul untung batu tenggelam.

11 April Dewan ditangguhkan 13 April Rantau mengundi. Siapakah bakal kecundang nanti?

ROSLAN SMS

MR :  Itulah kama, bila kita khianati orang dan tidak mustahil orang khianati kita


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...