Loading...

Khalid Samad 'tidak centre', katanya Pengumuman Anwar ada majoriti untuk elak PRU waktu Covid

Loading...
Loading...

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan baru-baru ini diberitahu, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk mengelakkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumpa Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad yang turut berada dalam mesyuarat itu berkata, itulah tujuan mesyuarat khas itu diadakan iaitu untuk memberikan penjelasan kenapa tindakan itu dibuat oleh Anwar.

Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan dengan majoriti yang besar di kalangan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.

“Kami bincang kenyataan Anwar dalam mesyuarat khas itu. Kita inginkan penjelasan dengan detail. Dia buat pengumuman itu, takut Muhyiddin jumpa Agong bubar Parlimen.

“Jadi, kalau Muhyiddin letak jawatan, dah ada pengganti. Tak perlu dibubar,” kata Khalid dalam wawancara khas beliau dengan Jom Channel malam tadi.

Sila rujuk di sini: https://malaysiadateline.com/anwar-umum-ada-majoriti-untuk-elak-pm-minta-agong-bubar-parlimen/

MR :  Dulu kata Presiden PAS tak centre, kini Allah balikkan tuduhan pada dirinya. Kesian apabila orang yang duduk jalan agama menyeleweng demi matlamat yang sempit  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...