Loading...

Polis Bantu Mangsa Kemalangan (1 Video)

Loading...
Loading...



Polis Bantu Mangsa Kemalangan 


MKL Crimedesk
2 Oktober 2020


Seorang lelaki hanya mampu berserah ihsan pengguna jalanraya setelah rebah selepas terbabas di lebuhraya bertingkat penchala link, damansara kira kira jam 12.45 petang tadi. Mangsa dikenali sebagai ahmad zulhilman zulbryner, 30 tahun dipercayai terbabas sendiri melanggar penghadang jalan. Impak kuat itu mangsa terbaring di tepi jalan dalam keadaan kebasahan akibat hujan lebat. Polis trafik dari jspt bukit aman yang kebetulan membuat rondaan segera memberi bantuan sehingga pegawai paramedic hadir sejam kemudian. Pemeriksaan awal dipercayai mangsa mengalami patah rusuk dan menyukarkan alih pergerakan. Mangsa dikejarkan ke hospital sungai buloh untuk rawatan lanjut.
#MKLCRIMEDESK#PDRM#KEMALANGAN

  

Source: MKL Crimedesk
Loading...