Loading...

Imigresen Serbu ‘Rumah Merah’ Saji Pelacur Warga Asing

Loading...
Loading...
 Dua buah ‘rumah merah’ yang menyajikan pelacur warga asing di kawasan Jalan Pudu


IMIGRESEN SERBU ‘RUMAH MERAH’ SAJI PELACUR WARGA ASING

Jabatan Imigresen Malaysia
7/10/2021

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu dua buah ‘rumah merah’ yang menyajikan pelacur warga asing di kawasan Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada 06 Oktober 2021 dan berjaya menahan seramai 13 orang warga asing.

Operasi dijalankan ke atas dua buah premis kawasan apartment kos rendah yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN). Hasil risikan mendapati premis ini dikunjungi pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing dengan menggunakan pakej perkhidmatan seks yang ditawarkan dengan harga RM60 bagi satu langganan.

Unit Operasi dari Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia telah menyerbu kedua-dua premis ini secara serentak pada jam 3.30 petang dengan kekuatan seramai 27 orang Pegawai Imigresen.
 
Semasa serbuan, penjaga pintu terus ditahan untuk dibawa ke premis tersebut. Cubaan meloloskan diri oleh wanita-wanita warga asing dan pelanggan berjaya digagalkan apabila kesemua jalan keluar dari premis tersebut telah dikepung oleh pegawai serbuan.
 
Modus operandi perkhidmatan ini adalah dengan berjumpa penjaga pintu dan dibawa ke premis bagi tujuan pemilihan pelayan pelanggan.

Dalam serbuan ini, seramai 13 orang warga asing yang berumur diantara 20 tahun hingga 40 tahun telah ditahan. Mereka terdiri daripada lapan wanita warga Vietnam, empat wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Vietnam. Manakala, dua lelaki tempatan yang merupakan penjaga pintu dan enam lelaki warga tempatan yang merupakan pelanggan di premis tersebut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.

Kegiatan pelacuran ini terbahagi kepada dua shif iaitu shif pagi dari jam 7:00 pagi sehingga 3:00 petang dan shif petang bermula dari 3:00 petang hingga jam 9:00 malam. Kebiasaanya seorang pelacur mampu melayan sehingga 14 orang pelanggan bagi satu shif.
 
Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen. Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

 

Loading...