Loading...

Kenyataan Penuh DG Kesihatan - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia | 7 Oktober

Loading...
Loading...

 

Kenyataan Akhbar KPK 7 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

7 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 12,884 kes (2,157,565 kes kumulatif, 93.3%);
  • Kes baharu : 9,890 kes (2,313,727 kes kumulatif);
  • Kes import : 18 kes (9 warganegara; 9 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 9,872 kes [9,294 warganegara (94.1%);  578 bukan warganegara (5.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 827 kes (782 kes COVID-19; 45 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 445 kes (336 kes COVID-19; 109 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,560 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,649 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 911 kluster.

Daripada 9,890 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 162 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 9,728 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 1,619 54.96 1,413 221,042
SELANGOR 1,198 17.57 1,402 (11) 686,170
KELANTAN 1,027 51.42 1,032 122,535
JOHOR 995 25.00 993 202,932
SABAH 778 18.92 820 203,488
PULAU PINANG 707 38.71 721 135,168
PERAK 696 39.23 794 (1) 107,163
TERENGGANU 662 50.20 699 60,384
PAHANG 608 23.08 564 68,975
KEDAH 597 25.97 503 (3) 139,052
MELAKA 244 25.09 260 (1) 60,070
WP KUALA LUMPUR 211 10.97 250 187,551
NEGERI SEMBILAN 169 14.42 180 (2) 98,444
PERLIS 76 28.31 200 4,422
WP PUTRAJAYA 29 30.54 59 6,349
WP LABUAN 3 2.60 0 9,982
MALAYSIA 9,618 28.09 9,890 (18) 2,313,727

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 9,890 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 1,413 55 418 –  940
SELANGOR 1,402 55 813 11 523
KELANTAN 1,032 59 630  – 343
JOHOR 993 111 491  – 391
SABAH 820 443  – 377
PERAK 794 109 382 1 302
PULAU PINANG 721 44 280  – 397
TERENGGANU 699 571  – 128
PAHANG 564 108 327  – 129
KEDAH 503 32 292 3 176
MELAKA 260 7 156 1 96
WP KUALA LUMPUR 250 116  – 134
 PERLIS 200 94 51  – 55
NEGERI SEMBILAN 180 23 95 2 60
WP PUTRAJAYA 59 51  – 8
WP LABUAN  –
JUMLAH KESELURUHAN 9,890 697 5,116 18 4,059

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 7 OKTOBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri PLO Parit Raja Tempat Kerja Johor Batu Pahat 20 34
2 Jalan Yahya Kota Tinggi Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 8 35
3 Industri Tun Abdul Majid Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 8 49
4 Kampung Bukit Bunga Tempat Kerja Kelantan Tanah Merah dan Pasir Mas 15 15
5 Jalan Banggol Setol Tempat Kerja Kelantan Pasir Mas 8 38
6 Industri Jalan Senawang Tiga 2 Tempat Kerja Negeri Sembilan Seremban dan Rembau 37 575
7 Permatang Nibong Tebal Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 38 224
8 Industri Jalan Enggang Batu 9 Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 19 28
9 Paya Sendayan Komuniti Pahang Temerloh 17 23
10 Kampung Pantos Komuniti Pahang Lipis 17 144
11 Jalan Terus Komuniti Johor Mersing 13 35
12 Lubok Tapah Pendidikan Lain Kelantan Pasir Mas 10 10
13 Dah Taman Ihsan Pendidikan Lain Kedah Kulim, Kuala Muda, dan Baling 33 201

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 6 OKTOBER 2021 

NEGERI NILAI RT
NEGERI SEMBILAN 0.99
MELAKA 0.97
 PERLIS 0.96
WP PUTRAJAYA 0.96
PAHANG 0.96
TERENGGANU 0.96
KELANTAN 0.94
KEDAH 0.87
SARAWAK 0.87
JOHOR 0.85
SABAH 0.85
PERAK 0.84
SELANGOR 0.84
WP KUALA LUMPUR 0.84
PULAU PINANG 0.83
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.86
Loading...