Loading...

Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman

Loading...
Loading...


Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman

Bernama

Disember 9, 2023
Semalam, lebih 18,000 saman trafik diselesaikan manakala setakat 12 tengah hari ini sebanyak 3,015 diselesaikan. - Foto Bernama

Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman

Semalam, lebih 18,000 saman trafik diselesaikan manakala setakat 12 tengah hari ini sebanyak 3,015 diselesaikan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini disebabkan sambutan mengalakkan daripada pengunjung.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata semalam, lebih 18,000 saman trafik diselesaikan manakala setakat 12 tengah hari ini sebanyak 3,015 diselesaikan.

"Semalam waktu pengoperasian kaunter saman dibuka pada 9 pagi hingga 4 petang tetapi kerana sambutan yang meriah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan ia dilanjutkan hingga ke 9 malam hari ini," katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di kaunter saman trafik di sini, hari ini.







Beliau berkata PDRM menyediakan 14 kaunter bayaran saman secara tunai, selain memberi pilihan kepada pengunjung untuk membayar saman secara dalam talian, menggunakan baucar kod QR.

"Selain itu, saya juga amat berpuas hati dengan persediaan tempat membayar saman dengan kerusi dan meja yang disediakan mecukupi, selain terdapat pendingin hawa untuk pengunjung menunggu giliran membayar saman yang mengambil sehingga dua jam.

Mengulas sama ada PDRM akan memperluaskan tawaran diskaun saman trafik 50 peratus di luar program berkenaan, Mohd Azman berkata perkara itu perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari mulai semalam, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

Kemuncak program itu merupakan majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad ini yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan.

-- BERNAMA
Loading...