Loading...

Filem Sheriff Kumpul RM11.4 juta selepas 3 hari ditayangkan

Loading...
Loading...

 



Sheriff, anggota polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan menyelesaikan kes 'Meth Killer. 

Dia berpasangan dengan Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik. 

Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit. Sindiket terbabit sering terlepas daripada cengkaman undang-undang, setiap kali menerusi proses penghakiman.



Sheriff: Narko Integriti menjadi filem kepolisan kedua arahan Syafiq Yusof selepas KL Special Force (2018) dan menandakan kolaborasi ketiga antara Syafiq dan Zul Ariffin selepas Misteri Dilaila (2019) dan Penunggang Agama (2021). 

Barisan pelakon lain yang terlibat ialah Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Dato Aaron Aziz, Shaharuddin Thamby, Kodi Rasheed, Esma Daniel, Hazama Azmi dan Azri Iskandar. 

 Shaharuddin dan Esma sebelum ini pernah berlakon bersama dalam KL Special Force, manakala Elizabeth pernah membintangi filem Misteri Dilaila dan Abang Long Fadil 3 (2022), yang kedua-duanya arahan Syafiq.

 Ini juga merupakan projek filem pertama lakonan bersama Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz selepas digandingkan menerusi drama Married Tapi Benci (2016) dan One Cent Thief (2022). 

Watak Tony Ifrit pada asalnya ingin diberikan kepada Azhan Rani, namun digantikan oleh Dato Aaron Aziz selepas digugurkan dari The Original Gangster (2024).

Loading...