Loading...

Adakah jawapan yang 'ada akal'?

Loading...
Loading...
Monday, 26 June 2017

TAK MASUK AKAL ATAU MATI AKAL?

Desakan dan luahan Majlis Peguam cukup mudah - jangan sesekali meremehkan tuduhan serius yang terkandung dalam saman sivil DOJ berkaitan 1MDB.

Tindakan meremehkan itu, jika diperhati, tergambar berdasarkan semua reaksi pihak berkuasa Malaysia terhadap tindakan DOJ tersebut.

"Dakwaan dalam saman DOJ itu melibatkan pegawai 1MDB, keluarga mereka dan rakan sekutu yang lain, termasuk juga yang digambarkan sebagai Malaysian Official 1 dan isteri Malaysian Official 1.
"Memandangkan cara saman sivil itu diremehkan, diketepikan dan dikecam oleh pihak berkuasa Malaysia tanpa menangani semua tuduhan yang dibuat itu, ia adalah tindakan yang tidak dapat diterima," demikian desakan Presiden Majlis Peguam, George Varughese.

Beliau juga meluahkan kekesalannya terhadap media arus perdana yang  seolah-olah sepakat "menggelapkan" laporan mengenai tindakan DOJ itu.

"Semua ini membimbangkan kerana ia adalah tuduhan yang teruk. Intergriti dan kredibiliti institusi kewangan serta badan pengawalselia kita, di mata rakyat dan pemerhati global, adalah bergantung kepada respon pihak kerajaan kita mengenainya," ujar beliau lagi.

Membaca dan meneliti apa yang diperkatakan George itu,  masuk akal atau tidak apa yang diluahkannya?

Tetapi, apa reaksi Peguam Negara, Apandi Ali tentang desakan berkenaan?

"Apa dan bagaimana hendak mengulas apabila Majlis Peguam memberi kenyataan yang tidak masuk akal," kata beliau.
Jika Apandi mengatakan kenyataan Majlis Peguam itu tidak masuk akal, apakah jawapannya yang sebegitu rupa menunjukkan beliau "ada akal"?

Di mana yang tidak masuk akalnya kenyataan Majlis Peguam itu atau Apandi sudah "mati akal" untuk memberi jawapan yang berakal?

Adakah bagi beliau, hanya membersih dan menyucikan 1MDB saja satu-satunya jawapan yang masuk akal, meskipun seluruh dunia melihat ia sebagai tindak balas nakal dan tidak lebih semata-mata ingin menutup sesuatu yang gagal? (ShahbudinHusin 26/06/2017).

Anda mungkin juga meminati:
KENAPA TAK SAMAN DOJ? ADAKAH MUHYIDDIN YANG PERTAMA AKAN ...

Posted by Shahbudin Husin at 08:40 
Loading...