Loading...
Loading...
*RUGI BANK NEGARA TUBUH SURUHANJAYA DI RAJA,CURI DUIT 1MDB SENYAP-SENYAP DI BIARKAN BERMAHARAJALELA*.
1.Keputusan 'kabinet dapur' PM Najib menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) oleh bank Negara Malaysia satu langkah yang sangat dialu-alukan.Cuma apa yang dipersoalkan, kenapa semasa Tun Mahathir masih berkuasa Najib Razak diam membisu seolah-olah pekak dan buta. *Untuk apa setelah hampir 30 tahun baru kini Najib Razak nak tunjuk hero*?..Kenapa perlu tunggu *selepas 14 tahun Tun Mahathir bersara baru nak tubuh Suruhanjaya Diraja*.
2. Jawapannya tidak lain hanya kerana Tun Mahathir banyak membangkitkan salah laku penyelewengan PM Najib Razak menyebabkan PM Najib Razak bertindak balas bagi mengalih tumpuan rakyat terhadap isu 1MDB dan DOJ. Serangan balas PM Najib Razak terhadap Tun Mahathir sebelum ini dengan hujah *Tun Mahathir juga ada buat salah* tapi kami diam serta tetap memberi wala' kesetiaan pada beliau.. *Kenapa sekarang Tun Mahathir tidak boleh bersikap seperti kami (walaun) yang mendiamkan diri ketika Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri*.Kenyataan PM Najib Razak itu tidak pun membersihkan dirinya dari dakwaan Tun Mahsthir tetapi sebaliknya menuding jari terhadap Tun M bahawa Tun M juga buat salah semasa berkuasa.Kini Najib tidak lagi menuding jari dengan percakapan tetapi sebaliknya dengan penubuhan badan siasatan ke atas perkara yang berlaku di era Tun M.
*ANTARA RUGI DAN CURI*
3. Menyiasat kerugian urusniaga mata wang asing (Forex) dengan menubuh RCI tiada siapa yang menghalang atau bantah.Cuma apa yang dikesali ialah kerajaan memandang sepi terhadap *skandal mega 1MDB*.Dua perkara yang sangat berbeza antara masalah Bank Negara dan 1MDB. *Bank Negara mengalami kerugian sedangkan 1MDB mengalami kecurian dan penggubahan wang haram*.Antara rugi dan curi kabinet dapur PM Najib Razak UmnoBN adalah beri *keutamaan pada kerugian 30 tahun yang lalu* manakala kes *kecurian 1MDB* adalah kes semasa dan mengakibatkan kesan kepada kehidupan rakyat hari ini serta mencalarkan integriti negara.
4. Bukankah satu jurang perbezaan yang besar antara *kes rugi Bank Negara dengan kes curi 1MDB*.Apakah *kerugian lebih besar kesalahan jenayahnya dari mencuri*.Kabinet dapur PM Najib Razak tidak dapat membezakan kerugian Bank Negara dengan jenayah mencuri 1MDB.Pada saya tidak salah tubuh RCI atas kerugian Bank Negara tetapi kerugian telah pun berlaku.Tetapi apa yang sedang berlaku ialah kecurian 1MDB. *Seluruh dunia sedang melihat dan mengenali 'kawaq' (pencuri) 1MDB sedang rakus mencuri*.Peguam Negara kabinet dapur PM Najib Razak tanpa rasa malu berkata tidak berlaku kes curi pada hal dalam masa yang sama 'kawaq' (pencuri) 1MDB sedang rakus mencuri.Adalah amat penting untuk rakyat membuat penyelesaiannya kerana *rakyat mempunyai kuasa untuk tangkap 'kawaq' (pencuri) yang bernama MO1*.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.. *"Jangan biarkan 'kawaq' (pencuri) 1MDB mencuri duit raya anak cucu kita”*.
*Selamatkan Malaysia!*
#SiasatPuncaRugi
#TangkapPencuri
#JanganMencuri
#HukumPencuri
#JanganBiarPencuriLari
*Dato' Hj Mahfuz Hj Omar*
Ahli Parlimen Pokok Sena
4:00pm Taman Alwalid Alor Setar
24 Jun 2017/29 Ramadhan 1438H
Loading...