Loading...
Loading...
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 18 Mac 2022:
- Kes sembuh: 26,615 kes [3,623,068 kes kumulatif (91.7%)];
- Kes baharu: 24,241 kes (3,951,678 kes kumulatif);
- Kes import: 521 kes [487 warganegara (93.5%); 34 bukan warganegara (6.5%)];
- Kes tempatan: 23,720 kes [22,893 warganegara (96.5%); 827 bukan warganegara (3.5%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 383 kes (164 kes disahkan COVID-19; 219 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 222 kes (103 kes disahkan COVID-19; 119 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 24,241 kes harian yang dilaporkan pada 18 Mac 2022:
- Kategori 1: 9,801 kes (40.43%);
- Kategori 2: 14,255 kes (58.81%);
- Kategori 3: 67 kes (0.28%);
- Kategori 4: 65 kes (0.27%); dan
- Kategori 5: 53 kes (0.21%).
Daripada 185 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 18 Mac 2022:
- 60 kes (32.43%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 71 kes (38.38%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 54 kes (29.19%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 109 kes (58.92%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 84 kes (45.41%) mempunyai komorbid; dan
- 1 kes (0.54%) kes adalah kes ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,905 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 3 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,573 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 332 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 18 Mac 2022
NEGERI | NILAI RT |
Sarawak | 1.10 |
WP Kuala Lumpur | 1.04 |
Terengganu | 1.03 |
Negeri Sembilan | 1.02 |
Perak | 1.02 |
WP Putrajaya | 1.00 |
Pulau Pinang | 1.00 |
Selangor | 1.00 |
Melaka | 1.00 |
Johor | 0.99 |
Pahang | 0.97 |
Kedah | 0.93 |
Kelantan | 0.89 |
Perlis | 0.89 |
WP Labuan | 0.76 |
Sabah | 0.66 |
MALAYSIA | 0.92 |
Loading...