Loading...
Loading...
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKIM yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pemilihan Hakimah menduduk jawatan tertinggi JAKIM itu adalah berdasarkan perkhidmatannya selama 30 tahun khusus dalam jabatan itu.
"Pelantikan ini menjadi sejarah kepada JAKIM, apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita, sekali gus meningkatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam.
"Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu JAKIM ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global," katanya dalam kenyataan hari ini.
JAKIM | Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan memaklumkan, pemilihan beliau berdasarkan perkhidmatannya selama 30 tahun khususnya di JAKIM.
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) March 18, 2022
“Pelantikan ini menjadi sejarah kepada JAKIM apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita" katanya. pic.twitter.com/jv9d6SbCLF
Loading...