Loading...

Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar

Loading...
Loading...

 Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar

Bernama

Julai 16, 2023Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar

Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.

Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar

Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi. - Foto Sinar Harian

KUANTAN: Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.15 malam sebelum dua jentera bersama lapan pegawai serta dua anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bentong digegaskan ke lokasi kejadian.

Katanya bas itu dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan dan kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin kenderaan itu.



"Bas berkenaan musnah sepenuhnya, bagaimanapun, dua pemandu dan 42 penumpang berjaya menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi yang turut dibantu enam anggota Pasukan Bomba Sukarela Janda Baik itu tamat pada 12.40 tengah malam.

-- BERNAMA

Loading...