• About
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Disclaimer

Apa Kabar Malay

Menu
  • Home
Loading...
Beranda  ›  Berita  ›  Terbaru  ›  Unik  ›  Viral

Dominic Lau, Oh Tong Keong kekal Presiden, Timbalan Presiden Gerakan

Minggu, 16 Juli 2023 Berita, Terbaru, Unik, Viral
Loading...



Dominic Lau, Oh Tong Keong kekal Presiden, Timbalan Presiden Gerakan
Bernama
Julai 15, 2023 21:55 MYT

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) Datuk Dominic Lau Hoe Chai bersama kepimpinan tertinggi Parti Gerakan yang baharu bergambar selepas sidang pada Pemilihan Nasional Parti Gerakan di Menara PGRM Cheras, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau dan Timbalannya, Oh Tong Keong mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang dalam pemilihan parti itu bagi penggal 2023-2026 di Menara PGRM, Cheras, di sini, hari ini.

Lau, yang mengambil alih jawatan Presiden selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU)14) pada November 2018, memperoleh 429 undi untuk mengalahkan tiga pesaingnya iaitu bekas Naib Presiden,

 Datuk Seri Michael Gan (76), bekas Setiausaha Agung, Datuk Liang Teck Meng (275 undi) dan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Lau Hoi Keong (335 undi).

Tong Keong mempertahankan jawatannya dengan memperoleh 546 undi menewaskan Mak Kah Keong (468 undi), Dr Kiew Hen Chong (91 undi) dan V. Prabagaran (tiada undi).
 
Bagi tiga jawatan Naib Presiden untuk penggal 2023-2026, ia masing-masing dipegang oleh Koo Shiaw Lee dengan 999 undi, Datuk Baljit Singh Jigiri Singh (982) dan Datuk Alexander Lo Su Hyen (577).

Keputusan rasmi pemilihan diumumkan oleh Pegawai Jawatankuasa Penyeliaan Pemilihan Gerakan , Soo Kay Ping sejurus selepas proses pengiraan undi selesai kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Mengulas kemenangan itu, Lau berharap semua pihak
Loading...
dapat menerima keputusan dengan hati yang terbuka bagi membolehkan mereka terus bersatu sebagai satu pasukan dalam menghadapi Pilihan Rya Negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos ini.

"Tidak kira menang atau kalah, kita harus bersatu hati sebagai satu pasukan untuk memenangi PRN kerana itu adalah agenda terpenting selain turut berharap dengan mandat diberikan, kita akan dapat memperbaiki imej Gerakan dalam kalangan rakyat," katanya.

Sementara itu, 18 jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat diisi oleh antaranya Woo Cheong Yuen, Hng Chee Wey, Tan Lee Ngee, Loh Kah Yong, Tan Po Kiat, Ch'ng Boon Chye, Sin Koon Yen, Datuk Seri Chandra Balabedha, Chai Ko Thing, Jimmy Chew Jyh Gang, Dennis Gau Thau Onn dan Lee Boon Shian.

Turut dipilih Datuk Tan Chin Hock, Syed Nor Azman Syed Daros, Ooi Pei Nar, Puvaniten M. Helan Govan, Teoh Chin Wan dan Gan Kim Keng.

Bagi jawatan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda baharu ia dimenangi tanpa bertanding oleh Chung Mon Sie dan Wong Chia Zhen.

Pemilihan kali ini melibatkan seramai 1,848 anggota perwakilan.
-- BERNAMA

Loading...
Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda
  • Postingan Populer

Postingan Populer

  • Trump arrives in the Middle East for nuclear weapons & peace talks
  • Man United's Sir Jim Ratcliffe finally speaks: Amorim, Ten Hag, Finances & The Glazers | The Overlap With Gary Neville
     
  • Donald Trump Inauguration & Security at Capitol Hill
  • Harry Moulding Wins BGT 2025 as Blackouts and 9 Year Old Binita finish Second & Third
  • Harith Iskander & Jezamine Lim Clear The Air | Exclusive Interview with Daphne Iking
  • Kolkata Doctor Rape Horror: Stunning Accusation Against Principal Sandip Ghosh, 'Sold Unclaimed Bodies & Tampered Records'
    Moumita - Photo credit: @Iamuzmajafri The tragic death of Dr Moumita Debnath in Kolkata on Aug 9 has sparked widespread discussion...
  • Keberangkatan Tiba Yang Di-Pertuan Agong & Permaisuri | Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 | 20 Julai 2024
     
Loading...
Copyright 2016 Apa Kabar Malay
Powered by Blogger.com