PRN: "Kita hantar anak muda untuk kalahkan sang pengkhianat, si kitol" - Anwar
Fareez Azman
Ogos 11, 2023 01:10 MYT

Jelas Anwar sentimen musuh politik PH dan BN adalah untuk menukar kerajaan Persekutuan meskipun PRN hanya membabitkan pentadbiran negeri. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
PRN: "Kita hantar anak muda untuk kalahkan sang pengkhianat, si kitol" - Anwar
Jelas Anwar sentimen musuh politik PH dan BN adalah untuk menukar kerajaan Persekutuan meskipun PRN hanya membabitkan pentadbiran negeri. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
GOMBAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat negeri Selangor agar menolak pemimpin yang disifatkan sebagai pengkhianat.
Jelas Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), sentimen musuh politik Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah untuk menukar kerajaan Persekutuan meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya membabitkan pentadbiran negeri.
"Termasuk calon DUN Hulu Kelang ini, bersih? Kamu sapu bersih...kita nak bawa satu tradisi dan budaya baru dalam negara kita.
"Penubuhan kerajaan sudah tahu tapi sampai sekarang (parti lawan) masih lagi riuh mereka cukup jumlah kerusi Parlimen, (kerajaan ini) tak sah, mereka akan tawan bulan Ogos (Putrajaya) jika kita menang.
"Menang di Selangor? Baik-baik, kerusi kamu kena terajang keluar, orang Gombak, kita ada Megat, ada Juwairiya, kita hantar anak muda untuk mengalahkan sang pengkhianat si kitol itu, satu lagi tentunya panglima handal di Selangor telah jejak langkah baik menyantuni rakhyat bekerja rajin saudara Amirudin Shari," katanya.
Sementara itu, Anwar turut menjelaskan bahawa keputusan Pertubuhan Profesor G70 (G70) menyatakan ikrar menyokong kerajaan perpaduan di bawah kepimpinannya amat mengharukan.
Ujarnya, keputusan dibuat para pemikir itu membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan membawa pelbagai perubahan dan pembelaan kepada rakyat serta membangunkan semula Malaysia yang lebih baik.
"Saya sebut tadi 70 Prof kanan, saya tidak diberitahu malah saya tidak tahu, saya tahu bila dilihat kenyatan itu kepada saya, saya terharu.
"Mereka ini bukan politik bukan angota politik, tiada janji habuan malah tidak menemui saya tapi mereka nyatakan pendirian enough of this corruption, rascism in this counry, guna dan tunggang agama untuk kepentingan politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah Grand Finale Kita Selangor di Keramat pada Khamis.
PRN: Politik fitnah, tunggang agama, PM kemuka usul kepada YDP Agong dan Sultan Selangor
ASTRO AWANI
Ogos 11, 2023 01:18 MYT
PRN: Politik fitnah, tunggang agama, PM kemuka usul kepada YDP Agong dan Sultan Selangor
Tambah Anwar, Malaysia perlu menjadi negara yang selamat serta menghormati semua lapisan kaum dan agama. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
GOMBAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau telah mengemukakan usul kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung politik fitnah dan menunggang agama yang dilakukan oleh sesetengah pihak.
Ujarnya, usul itu dikemukakan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
"Kita lepaskan, tunggu 12 Ogos selepas itu, apa pun keputusan saya dah bincang dengan Zahid, Fadillah, saya dah kemukakan (usul) kepada Sultan Selangor, kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Saya kata, ini bukan soal politik saya tak peduli dia sokong siapa, tapi dia tunggang agama, permainkan hukum Allah, menghukum fitnah orang, dan fitnah besar, nak kafirkan orang tak sokong dia masuk neraka.
"Saya nak bagitahu malam ini, after this, this Prime Minister if u support will not tolerate this nonsense," katanya.
Tambah Anwar, Malaysia perlu menjadi negara yang selamat serta menghormati semua lapisan kaum dan agama.
"Saya bagitahu dulu dan tegaskan sekarang, negara ini mesti selamat, negara ini mesti menyantuni semua rakyat. Ya, Islam agama Persekutuan, kita tingkatkan fahaman Islam.
"Kita tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Kita jamin hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, kita lindungi Institusi Raja tetapi dengar sini baik-baik jangan hina anak-anak Malaysia dari mana-mana kaum," tegas Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah Grand Finale Kita Selangor di Keramat pada Khamis.
Hadir sama dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan.